Kelas Keusahawanan (Photoshot Produk Usahawan)

6 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Kelas Keusahawanan (Photoshot Produk Usahawan)” bertempat di NaDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Staf NaDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan teknik mengambil gambar yang betul untuk memastikan gambar yang diambil cantik dan jelas. Peserta mengambil gambar produk menggunakan props pergambaran dan mini studio NaDi. Selain daripada itu, peserta juga belajar teknik merakam video yang betul, untuk menghasilkan video promosi produk usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali